Total Pageviews (Ginumu sinumuang/minintong)

Asas dan sejarah program pendidikan inklusif

Pendidikan inklusif bermaksud, semua murid ke sekolah dan dialu-alukan oleh sekolah untuk menyertai kelas perdana yang mengandungi murid sebaya dan disokong untuk belajar, menyumbang dan melibatkan diri dalam semua aspek kehidupan di sekolah tersebut. Inclusion dalam pendidikan ialah satu pendekatan untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas, iaitu mereka melibatkan diri sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dijalankan sama ada di dalam atau luar bilik darjah.

Tahun

Huraian

1893

Sekolah-sekolah khas dibina untuk kanak-kanak buta dan pekak.

1899

Sekolah-sekolah khas ditubuhkan untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak kurang upaya fizikal.

1945

League of Nations menerima pakai Universal

Declaration of Human Rights. Dalam bidang pendidikan, Artikel 26 dalam deklarasi tersebut menyatakan hak setiap rakyat kepada pendidikan yang sesuai tanpa mengambil kira jantina, bangsa, warna dan agama.

1958

Kongres Amerika Syarikat meluluskan dua undangundang: PL 85-905 (membenarkan perkhidmatan untuk perfileman untuk orang pekak) dan PL85-926 (menyokong latihan guru untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental).

1978

Laporan Warnock telah terhasil. Laporan ini menyatakan semua murid perlu diajar dalam arus perdana. Mereka tidak seharusnya dididik secara berasingan.

1990

World Conference on Education for All mencabar paradigma pendidikan sedia ada yang melihat ramai kanak-kanak seluruh dunia dieksklusifkan daripada akses kepada pendidikan yang sesuai dengan kanakkanak tersebut. Program dan pedagogi tersebut akan membenarkan semua murid akses kepada pendidikan, tanpa mengira kumpulan etnik, agama, jantina, latar belakang sosioekonomi atau kebolehan.

1994

Pernyataan Salamanca (UNESCO, 1994) melanjutkan konsep ini dengan mempromosikan idea bahawa semua murid sepatutnya menerima pendidikan di dalam kelas perdana dalam sekolah-sekolah tempatan atau sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

2007

Department of Education and Science (DES) mengeluarkan suatu garis panduan bernama Post Primary Guidelines for Inclusion (DES, 2007). Garis panduan ini diperakukan pendekatannya oleh seluruh sekolah ke arah inklusif (whole–school approach to inclusion). Garis panduan ini membekalkan panduan berguna tentang peranan, tanggungjawab dan kolaborasi kakitangan dan personal untuk pendidikan inklusif serta strategi amalan terbaik di dalam bilik darjah untuk individu murid/pelajar.