KONSEP
ASAS KESEJAHTERAAN
Kesejahteraan merujuk kepada
amalan gaya hidup yang sehat dan seimbang. Individu yang sejahtera mampu
menjaga keseimbangan dalam lima dimensi kesejahteraan, iaitu fizikal, mental,
emosi, sosial, dan rohani. Pakar kesihatan kini mengakui bahawa istilah
"kesejahteraan" lebih sesuai dan menyeluruh untuk menggambarkan tahap
kesihatan yang seharusnya dicapai oleh setiap individu. Setiap orang perlu
berusaha mencapai keseimbangan dalam semua dimensi ini agar dapat mencapai
kehidupan yang sejahtera.
Fizikal
|
Keupayaan menjalankan tugasan harian secara berkesan, bertenaga
untuk menikmati aktiviti riadah atau mampu menghadapi sebarang kecemasan.
|
Emosi
|
Keupayaan mengawal perasaan diri, bersifat optimistik dan positif
dalam menangani cabaran harian.
|
Mental
|
Keupayaan berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan untuk
meningkatkan kualiti hidup.
|
Sosial
|
Keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan menjalin
hubungan yang dapat meningkatkan kualiti hidup antara mereka dan diri
sendiri.
|
Rohani
|
Keupayaan memupuk nilai-nilai yang membawa kepada kesejahteraan
sejagat berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan
|
KOMPONEN KECERGASAN
FIZIKAL
Kecergasan fizikal merupakan
keupayaan seseorang individu melakukan aktiviti yang memerlukan penggunaan
tenaga dan pergerakan anggota badan dengan cekap dan efisien. Kecergasan
fizikal dibahagikan kepada Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan dan
Kecergasan Fizikal Berdasarkan Lakuan Motor.
KECERGASAN FIZIKAL
1.
KESIHATAN
a.
Komposisi
badan
b.
Daya
Tahan Kardiovaskular
c.
Daya
Tahan Otot
d.
Kekuatan
Otot
e.
Fleksibiliti
2.
LAKUAN
MOTOR
a.
Kuasa
b.
Koordinasi
c.
Imbangan
d.
Masa
Reaksi
e. Ketangkasan
f. Kelajuan
Kecergasan Fizikal Berdasarkan
Kesihatan
Kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan merujuk kepada keupayaan melakukan aktiviti fizikal
harian dengan cergas dan mengurangkan risiko mengalami penyakit hipokinetik.
Kecergasan fizikal terdiri daripada lima komponen iaitu komposisi badan, daya
tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan fleksibiliti.
Komposisi badan merujuk
kepada peratus kandungan lemak, jisim tanpa lemak, air dan mineral dalam tubuh
seseorang. Komposisi badan dianggap sebagai sebahagian daripada komponen
kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan kerana kandungan lemak dalam badan berkadar
dengan tahap kesihatan. Kandungan lemak yang berlebihan boleh meningkatkan
risiko penyakit jantung, diabetes dan hipertensi.
- Daya
Tahan Kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular
ialah keupayaan jantung mengepam darah beroksigen ke otot yang sedang bekerja
bagi membekalkan tenaga agar dapat melakukan aktiviti fizikal secara
berpanjangan. Ukuran komponen kecergasan ini ialah jumlah oksigen yang
digunakan setiap minit dan setiap jisim badan. Tahap pengambilan oksigen
maksimum (V̇ O2max) yang dicapai semasa melakukan aktiviti fizikal merupakan
petunjuk terbaik untuk mengukur daya tahan kardiovaskular. Seseorang yang
mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi dapat melakukan aktiviti
seperti joging, berbasikal dan berenang antara 30 hingga 60 minit tanpa berasa
letih dan lesu.
Daya tahan otot ialah
keupayaan otot menghasilkan daya secara berulang-ulang untuk jangka masa
tertentu. Contohnya keupayaan melakukan tekan tubi secara berulang-ulang.
Contoh lain keperluan daya tahan otot adalah seperti pemain badminton membalas
pukulan satu rali panjang dalam perlawanan.
Kekuatan otot merujuk kepada
keupayaan otot menghasilkan daya yang maksimum dalam satu ulangan. Komponen ini
dinilai dengan jumlah daya yang boleh dihasilkan oleh sekumpulan otot dalam
satu penguncupan. Kekuatan otot amat diperlukan dalam kebanyakan sukan seperti
angkat berat. Aktiviti harian seperti mengangkat perkakas rumah yang berat juga
memerlukan kekuatan otot.
Fleksibiliti ialah keupayaan
sendi badan melakukan julat pergerakan maksimum anggota badan seperti tangan,
pinggang dan kaki. Keupayaan otot, ligamen dan tendon di sekeliling sendi
seperti bahu, siku, pinggul dan lutut mempengaruhi julat pergerakan anggota
badan tersebut. Atlet dalam sukan seperti gimnastik dan terjun memerlukan
fleksibiliti yang tinggi. Aktiviti regangan dapat meningkat dan mengekalkan
fleksibiliti seseorang agar dapat mengurangkan risiko kecederaan.
Kecergasan Fizikal Berdasarkan
Lakuan Motor
Kecergasan fizikal
berdasarkan lakuan motor memerlukan individu mempunyai tahap kecergasan yang
tinggi dalam komponen-komponen tertentu agar berupaya melakukan kemahiran
sukan. Komponen-komponen tersebut ialah kuasa, koordinasi, imbangan, masa reaksi,
ketangkasan, dan kelajuan
Kuasa merupakan kombinasi
kekuatan otot (komponen kecergasan berdasarkan kesihatan) dan kelajuan
(komponen kecergasan berdasarkan lakuan motor). Pakar sains sukan menganggap
kuasa sebagai komponen berdasarkan lakuan motor kerana lebih berkait dengan
kemahiran sukan iaitu keupayaan memindahkan daya dengan cepat. Contoh kemahiran
sukan yang menggunakan kuasa ialah melontar peluru dan melempar cakera.
Keupayaan menggunakan
pancaindera seperti mata dan telinga bersama dengan anggota badan untuk
melakukan pergerakan dengan lancar dan tepat. Contohnya, keupayaan pemain bola
keranjang menyambut bola sambil berlari.
Keupayaan mengekalkan
imbangan postur badan dalam keadaan pegun atau bergerak. Contoh imbangan ialah
seorang gimnas melakukan dirian tangan (pegun) dan berjalan di atas palang
meniti (dinamik).
Masa reaksi adalah masa
antara muncul sesuatu rangsangan dengan permulaan gerak balas terhadap
rangsangan tersebut. Contoh masa reaksi ialah pelari berlepas dari blok
permulaan sebaik sahaja bunyi tembakan pistol pelepas.
Keupayaan menukar arah
pergerakan badan dengan pantas dan efisien. Contohnya, seorang pemain ragbi
yang dapat mengelakkan takel daripada pihak lawan.
Keupayaan melakukan
sesuatu pergerakan dalam masa yang singkat. Larian pecut merupakan contoh
pergerakan yang memerlukan kelajuan.
Sumber: Nelfianty et al. (2017)