UJIAN BATERI KETANGKASAN
Pengenalan:
Menurut Nelfianty Mohd Rasyid et al. (2017), ketangkasan tergolong dalam kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor. Ketangkasan merupakan keupayaan menukar arah pergerakan badan dengan pantas dan efisien. Ketangkasan yang baik memberi pengaruh yang besar kepada kejayaan atlet dalam sukan seperti, ragbi, bola sepak, futsal dan mana-mana sukan yang memerlukan ketangkasan.
Nama Ujian:
Ujian lompat Kuadran
Tujuan:
Tujuan ujian ini adalah untuk menguji ketangkasan keseluruhan badan dengan cara mengukur kemampuan bergerak dengan kelajuan maksimum dalam ruang yang terbatas, sambil menjaga keseimbangan dan kawalan koordinasi.
Tahap:
Bermula dari umur 10 tahun hingga masuk kolej.
Jantina:
Lelaki dan perempuan
Alatan dan Kemudahan:
- Pita Pengukur
- Jam randik
- Pita penanda
Satu kuadran ditandakan di atas lantai, seperti yang digambarkan dalam rajah 1. Tandakan garisan permulaan dan nomborkan setiap sukuan
Organisasi:
- Mula - belakang garisan permulaan. Lompat dengan kedua kaki ke kuadran 1,
kemudian ke kuadran 2, kuadran 3, kuadran 4 sebelum kembali ke kuadran 1.
- Lompatan yang berjaya - 1 mata setiap zon.
- Separuh mata - kaki mendarat atas garisan atau kuadran yang salah. Pembantu
penguji menjalankan kiraan.
- Jumlah lompatan yang berjaya ditolak
dengan jumlah kesalahan sebelum
jumlah sebenar diambil.
- Diulangi sebanyak mungkin dalam masa 10 saat. Dua percubaan diberikan masa rehat antara setiap percubaan.
Prosedur:
- Subjek berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang
disediakan.
- Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1,2,3 dan 4.
- Subjek dikehendaki melompat kedua belah kaki ke dalam petak
mengikut urutan nombor 1,2,3 dan 4 dalam saat 10 saat.
- Arahan sedia dan mula diberikan kepada subjek untuk melompat
dengan kedua-dua belah kaki dalam petak kuadran pertama, kemudian kedua,
ketiga, keempat dan balik ke petak pertama.
- Kekalkan corak lompatan begini sehingga arahan berhenti.
- Dua percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan selama 1 minit.
Skor:
●
Skor dikira berdasarkan jumlah
bilangan mendarat menggunakan kedua belah kaki dalam petak yang betul dalam
masa 10 saat.
●
Percubaan yang terbaik dari dua
percubaan diambil kira sebagai skor ujian setelah skor bagi setiap kesalahan.
Penalti:
● ½ markah (point) ditolak sekiranya kaki terpijak garis atau salah zon atau arah.
Norma jumlah skor ujian lompat kuadran bagi pelajar ______ .
Tahap
Pencapaian |
Lelaki |
Perempuan |
Cemerlang |
31 dan ke atas |
33 dan ke atas |
Baik |
25-30 |
27-32 |
Sederhana |
13-24 |
14-26 |
Lemah |
7-12 |
8-13 |
Terlalu Lemah |
0-6 |
0-7 |
*based on the scores of 75 men and 75 women at Corpus Christi State University, Corpus Christi, Tex., 1976. The raw score is the number of times the feet land in the correct quadrant in 10 seconds.
Kelebihan:
- Jimat ruang, masa dan kos.
- Arahan mudah difahami.
Kelemahan:
- Subjek keliru arah lompatan.
- Mata akan ditolak sekiranya subjek pijak garisan atau salah arah.
Rujukan
Nelfianty Mohd Rasyid, Low, J.F.L,
Normah Jusoh, Ruaibah Yazani Tengah. Sains
Sukan Tingkatan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Wood, R. (2008). Ujian Ketangkasan Lompat Kuadran. Topend Sports. https://www.topendsports.com/testing/tests/quadrant-jump.htm
Lampiran
Norma jumlah skor ujian
lompat kuadran bagi pelajar.
Tahap
Pencapaian |
Lelaki |
Perempuan |
Cemerlang |
31 dan ke atas |
33 dan ke atas |
Baik |
25-30 |
27-32 |
Sederhana |
13-24 |
14-26 |
Lemah |
7-12 |
8-13 |
Terlalu Lemah |
0-6 |
0-7 |
Borang Penilaian:
Bil. |
Nama |
Jumlah
Lompatan |
Mata
(+) |
Mata
(-) |
Catatan |
1. |
|
|
|
|
|
2. |
|
|
|
|
|
3. |
|
|
|
|
|
4. |
|
|
|
|
|
5. |
|
|
|
|
|
6. |
|
|
|
|
|
7. |
|
|
|
|
|
8. |
|
|
|
|
|