MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF
MATLAMAT
1.
Untuk meningkatkan penyertaan dan memberikan
peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) menyertai program akademik dan
bukan akademik bersama-sama murid normal mengikut arus perdana.
2.
Memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya
tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh
diminimumkan jika diberi peluang yang sama.
OBJEKTIF
1. Memastikan
MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa
halangan.
2. Membina
keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum.
3. Memastikan
MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan
kemahiran kehidupan harian mereka.
4. Meningkatkan
kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian
keupayaan MBK.