Dampak Dasar Pecah dan Perintah, Matlamat DEB, dan Kebebasan Beragama Terhadap Perpaduan Etnik di Malaysia
Perpaduan
di Malaysia merujuk kepada kehidupan harmoni dan kebersamaan antara pelbagai
kumpulan etnik, agama, dan budaya yang wujud dalam masyarakat Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah negara multietnik yang terdiri daripada tiga kumpulan
utama iaitu Melayu, Cina dan India, serta pebagai etnik dan agama lain seperti
Orang Asli dan kaum-kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Perduan adalah salah
satu aspek penting dalam pembentukan negara Malaysia. Sejak kemerdekaannya pada
tahun 1957, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan
perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakatnya terjaga.
2.0 KESAN POSITIF DAN NEGATIF DASAR PECAH DAN PERINTAH PADA ZAMAN KOLONIAL INGGERIS TERHADAP
PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA
2.1 Kesan Positif Dasar Pecah
Dan Perintah Pada Zaman Kolonial Inggeris Terhadap Perpaduan Etnik di Malaysia
Kesan positif bagi dasar pecah dan
perintah terhadap perpaduan etnik ialah, membantu mengekalkan identiti dan
budaya kaum di Malaysia. Identiti dan budaya ini sebenarnya memainkan peranan
yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia pada masa kini.
Contohnya, menurut Mahdi et. al. (2021) identiti kaum di Malaysia telah
digunakan di dalam animasi Upin & Ipin bagi menghasilkan cerita yang
memaparkan elemen keharmonian, kerjasama, perpaduan dan kesejahteraan kaum-kaum
di Malaysia. Buktinya, hampir semua siri animasi dan filem Upin &
Ipin banyak menggunakan watak berbangsa Melayu, Cina dan India di dalamnya
seperti yang boleh dilihat dalam gambar 1 di bawah. Perkara ini jelas
memberikan impak yang positif kepada perpaduan kaum kerana animasi Upin &
Ipin merupakan salah satu animasi Malaysia yang digemari oleh kanak-kanak di
negara kita.
Gambar 1: Animasi Upin & Ipin yang menggunakan
watak berbilang bangsa
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_episod_Upin_%26_Ipin
2.1 Kesan Negatif Dasar Pecah
Dan Perintah Pada Zaman Kolonial Inggeris Terhadap Perpaduan Etnik di Malaysia
Kesan negatif dasar pecah dan perintah terhadap
perpaduan etnik pula ialah, menurut Qian et. al. (2021), dasar ini telah
mengakibatkan jurang ekonomi dan sosial dalam kalangan kaum di Malaysia.
Perkara ini dilakukan bagi menyekat sebarang proses perpaduan yang berpotensi
menentang British pada waktu itu. Perasaan tidak puas hati, persaingan ekonomi
yang tidak sihat, dan jurang pendapatan yang berbeza menyebabkan setiap kaum
mencemburui antara satu sama lain. Contohnya, Orang melayu mencemburui
kemewahan dan kejayaan orang Cina dan orang India mencemburui kelebihan orang Melayu
yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentabiran. Selain itu,
menurut, Tajari et. al. (2022), kajian mendapati sikap prejudis dan
polarisasi dikesan dalam kalangan mahasiswa universiti. Perkara ini memberikan
impak negatif kepada perpaduan etnik di Malaysia kerana generasi muda memainkan
peranan penting bagi keharmonian negara.
3.0 MATLAMAT DEB BAGI MENCAPAI PERPADUAN NEGARA YANG
DILAKSANAKAN MELALUI STRATEGI SERAMPANG DUA MATA
Menurut
Esa et. al. (2022), Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan bagi mencapai
perpaduan negara dengan merangka semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi di
Malaysia agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak terulang kembali melalui strategi
serampang dua mata seperti pertama, mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan
dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat
tanpa mengira kaum. Contohnya, kerajaan telah memberikan keutamaan kepada
golongan miskin bagi mendapatkan pelbagai jenis bantuan seperti bantuan subsidi
baja, biasiswa, buku teks, makanan tambahan seperti RMT kepada kanak-kanak di
sekolah.
Seterusnya,
mempercepatkan proses penyusunan semula ekonomi negara dengan memperbaiki
ketidakseimbangan ekonomi agar dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Antara usaha kerajaan dalam
menghapuskan pengenalan kaum mengikuti fungsi ekonomi ini ialah, mewujudkan
undang-undang dan dasar pelarangan diskriminasi berdasarkan kaum. Contohnya,
apa yang terdapat dalam Perkara 8 Perlembagaan Perseketuan Malaysia yang menyatakan
semua rakyat Malaysia berhak untuk memperoleh kesamarataan dalam bidang kerja,
pendidikan dan perumahan. Dengan ini diharapkan fungsi ekonomi berdasarkan kaum
dapat diperbaiki agar interaksi masyarakat Malaysia akan lebih baik. Hal ini
kerana, interaksi antara kaum merupakan kunci untuk mewujudkan suasana harmoni
dan saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kesimpulanya, pelaksanaan DEB ini
membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua golongan, memperbaiki jurang
pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan bandar dan luar bandar, serta
memperbaiki taraf hidup rakyat melalui kemudahan infrastruktur, latihan,
pelajaran, kesihatan, dan lain-lain.
3.0 KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA SEBAGAIMANA YANG
DIPERUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN MENYUMBANG KE ARAH PERPADUAN KAUM
Kebebasan
beragama di Malaysia adalah tertakluk kepada perlembangaan Malaysia. Walaupun agama
islam diiktiraf sebagai agama perseketuan seperti yang ada dalam “Perkara 3
Perlembagaan Perseketuan”, agama lain masih bebas untuk dianuti sama seperti
yang diperuntukkan dalam “Perkara 11 Perlembagaan Perseketuan”. Hal ini kerana,
kebebasan bergama merupakan salah saru hak asasi yang fundamental kepada
manusia sejagat. Kebebasan beragama di Malaysia memainkan peranan penting dalam
memupuk perpaduan masyarakat. Dengan penghasilan perlembagaan, kerajaan
Malaysia telah berjaya meningkatkan toleransi dan perpaduan dalam negara kita
seperti di bawah.
Pertama, meningkatkan nilai
menghormati kepercayaan dan agama orang lain. Menurut Amri Baharuddin (2012),
kebebasan beragama di Malaysia membolehkan seseorang untuk menganuti agama
mereka mereka sendiri asalkan tidak menggangu agama orang lain. Perkara Ini
termasuklah dengan tempat ibadah, dan perayaan keagamaan lainnya. Dengan ini, hasrat
kita untuk hidup secara harmoni walaupun dengan kepercayaan yang berbeza pasti
akan dapat dicapai sekiranya nilai saling menghormati perpezaan ini dapat
ditanamkan ke dalam diri setiap masyarakat di Malaysia. Bagi mereka yang
sengaja melakukan tindakan atau membuat pernyataan yang merendahkan, menghina,
atau memprovokasi kelompok agama lain dianggap melanggar undang-undang yang boleh
mengakibatkan mereka didenda atau dipenjara.
Seterusnya, kebebasan beragama
memberikan ruang kepada setiap individu di Malaysia untuk mempelajari agama
mengikut keyakinan mereka sendiri dan agama orang lain. Menurut Albab (2019),
tidak ada agama yang mengajarkan kita untuk melakukan kejahatan. Setiap agama
mempunyai persamaan yang baik seperti mengajarkan tentang cinta kasih, kasih
sayang, pengorbanan, saling menghormati dan banyak lagi yang membawa kita ke
arah kebaikan. Perkara ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam
terhadap agama sendiri dan agama orang lain. Hal ini jelas membantu dalam
mengurangkan stereotaip dan prasangka negatif antara agama. Sehubungan dengan
itu, pengetahuan yang dipelajari juga dapat digunakan untuk memupuk perpaduan
dan kesepaduan dalam masyarakat.
Di samping itu, kebebasan beragama ini juga dapat
mengelakkan ketegangan antaragama. Jika tiada kebebasan beragama diberikan di
Malaysia, rasa tidak puas hati dalam kalangan penganut agama lain pasti akan
timbul. Rasa tidak puas hati di Malaysia terutamanya dalam kalangan masyarakat
Melayu, Cina dan India sudah ada sejak dulu lagi. Perkara ini disebabkan oleh
wujudnya perbezaan kepercayaan dan agama yang mereka anuti. Contonya, menurut Ashaari
& Khushairi (2019), terdapat persepsi di mana jika seseorang memeluk agama
islam bermakna mereka akan masuk melayu, walaupun sebenarnya agama dan bangsa
itu merupakan dua perkara yang berbeza. Oleh itu, dengan adanya kebebasan
beragama dalam perlembagaan perseketuan mampu mengubah pandangan dan pemikiran
yang lebih terbuka untuk menerima agama lain di dalam masyarakat serta
menganggap perpezaan ini sebagai keunikan yang ada di Malaysia.
4.0 CABARAN DAN USAHA DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT
BERINTERGRASI DI MALAYSIA
4.1 Cabaran Dalam Pembentukan
Masyarakat Berintegrasi
Antara
cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia dalam membentuk masyarakat yang
berintegrasi pada masa kini ialah perkembangan teknologi yang sangat pesat
terutamanya media sosial. Media sosial telah menjadi platfom yang sangat mudah
untuk digunakan bagi menyebarkan sesebuah perkara atau kenyataan. Kemajuan
inilah yang sebenarnya memberi kebimbangan kepada kita kerana jika media sosial
disalahgunakan, ia boleh mengakibatkan salah faham dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Hal ini dibuktikan dalam Ahmad (2022), yang menyatakan isu penghinaan
agama di media sosial semakin membimbangkan negara kita. Hal ini kerana, dengan
wujudnya platform seperti Tiktok, Facebook, Youtube yang mana setiap
individu di Malaysia boleh mengaksesnya, dan menyebarkan kebencian,
mengeluarkan kata-kata yang sensetif berkaitan agama atau kepercayaan bagi
kepentingan peripadi atau politik dengan sangat mudah dan pantas.
Seterusnya, hak kebebasan bersuara
yang disalahgunakan. Menurut Ahmad (2022), pengamalan hak ini boleh berlaku
melalui penulisan, penerbitan, ucapan awam, lukisan dan sebagainya. Hak-hak ini
tidak bersifat mutlak kerana tertakluk kepada had-had tertentu atas beberapa
sebab seperti ketentraman awam dan prinsip moral. Walaupun telah dijelaskan di
dalam perkara 10 “kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan” ramai masyarakat
Malaysia yang masih melanggar perkara ini terutamanya semasa memberi komen atau
maklum balas sensitif di dalam media sosial yang boleh menyebabkan salah faham
dan pergaduhan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
4.2 Usaha Dalam Pembentukan
Masyarakat Berintegrasi
Kemudian
kita lihat pula antara usaha yang telah dilakukan ialah dengan penubuhan
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) melalui jabatan perpaduan negara dan integrasi
nasional (JPNIN) bagi menguruskan masyarakat majmuk. Menurut, Jusoh (2022), KRT
ditubuhkan bagi memelihara, menambah baik, dan memperkukuh perpaduan rakyat dan
integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Pertubuhan ini sangat penting bagi
memupuk semangat kerjasama dan saling membantu dalam masyarakat yang berbilang
kaum. Oleh itu, ia dianggap sebagai tapak integrasi kerana menjadi titik
pertemuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Seterusnya, antara usaha yang paling
berkesan ialah, strategi penggunaan bahasa kebangsaan sebagai alat untuk
memupuk perpaduan. Penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu ini membolehkan
pelbagai kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih
baik. Menurut Mohamed (2019), Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan
kerana ia merupakan bahasa terawal yang digunakan di Tanah Melayu dan mempunyai
jumlah penutur terbanyak. Dengan ini, Bahasa Melayu diharap dapat menjadi agen
pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik dan bangsa yang
ada di Malaysia.
Di samping itu, usaha dalam
membentuk integrasi perpaduan ini juga dalam dilihat dalam penganjuran sukan di
Malaysia. Contohnya, setiap kali Malaysia bertarung di medan antarabangsa,
tidak kira bola sepak, badminton, atau olahraga rakyat dari pelbagai bangsa
bersatu memberikan sokongan padu kepada atlet negara. Contohnya, seperti yang
terdapat dalam keratan akhbar 1 di bawah. Perkara ini jelas membuktikan yang
mana sukan mampu mengintegrasikan masyarakat yang berbilang kaum di negara
kita. Menurut Mohamed Zaki & Abd. Gapar (2020), pembentukan integrasi
melalui sukan ini sudah ada sejak lama seperti yang dikatakan sendiri oleh
Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak dalam ucapannya ketika
merasmikan Majlis Sukan Negara pada tahun 1972 yang berbunyi: “The founding
of this Council proved the serious attention by government towards sport as one
of the tools for the nation’s development and unity”.
Keratan akhbar 1: Sukan mampu satukan masyarakat
Sumber: (Issahak & Mat
Arif, 2018)
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,
negara kita telah mengambil pelbagai langkah dan usaha bagi mengatasi masalah
perpaduan seperti DEB dan penubuhan pelbagai persatuan penyatu bangsa. Walaubagaimanapun
masih terdapat ruang untuk memperbaikinya. Salah satu cabaran utama dalam
mencapai perpaduan di Malaysia ialah perbezaan etnik dan budaya, agama dan
kepercayaan, dan jurang ekonomi dan sosial antara masyarakat. Oleh itu, usaha
yang berterusan dan holistik dalam menangani cabaran sosial, ekonomi, budaya
dan agama sangatlah penting demi membentuk sebuah negara yang bersatu padu dan
maju.
RUJUKAN
Ahmad, N.
M. (2022). Penghinaan Terhadap Agama dan Konsep Kebebasan Bersuara: Analisis
daripada Perspektif Islam dan Undang-Undang Di Malaysia.
Albab, A. U. (2019). Interpretasi Dialog Antar Agama Dalam
Berbagai Prespektif. Al-Mada: Jurnal Agama, Sosial, Dan Budaya, 2(1),
22-34.
Amri Baharuddin, S.
(2012). Modul Hubungan Etnik (edisi
kedua). Institut Kajian Etnik.
Ashaari, M. F., & Khushairi, M. A. R. (2019). Isu-isu agama dalam
hubungan antara kaum di Malaysia 1980-2005. BITARA International
Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 2(1),
87-98.
Esa, M. S., Othman, I. W., Sharif, S. D., & Hamid, J. A. (2022).
Menyingkap Sejarah Awal Dasar Ekonomi Baru: Pemacu Kepada Usaha Kelestarian
Negara Bangsa. Journal of Islamic, 7(47), 338-349.
Issahak, M. A., & Mat Arif, Z. (2018, September 11). Sukan mampu
satukan masyarakat. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/09/472537/sukan-mampu-satukan-masyarakat-syed-saddiq
Jusoh, L. M., & Embong, Z. (2022). Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga
Sebagai Tapak Integrasi. Proceeding of International Conference on
Ummah 2022.
Mahdi, M. S., Yunos, Y., & Yusoff, M. Y. M. (2021). Strategi
pemantapan perpaduan menerusi animasi Upin & Ipin (Strategy to strengthen
unity through Upin & Ipin animation). Geografia, 17(2).
Mohamed Zaki, N., & Abd. Gapar, M. H. (2020). Budaya Kepenyokongan Sukan
Bola Sepak Sebagai Tapak Integrasi: Penelitian Terhadap Kelompok Ultras
Malaya. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy, 47(3).
Mohamed, N. A., & Hassan, N. A. (2019). Pengukuhan Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), 19-28.
Qian, P. J., Ismail, M. H., Shaid, N. S., Hairun, N. S. N., Ismail, I.
A. F., Riskijesan, A., & Yusuff, N. A. (2021). Perbezaan Amalan Ekonomi
Mengikut Kaum Menjadi Racun Perpaduan: Wacana Perpaduan Kalangan Belia Era
PKP 2.0.
Tajari, A., Muslim, N., Pasaribu, K. S. J., & Anuar, M. A. H. M.
(2022). Dinamika Perubahan Budaya dan Pembangunan Politik di Malaysia: Satu
Analysis Kritikal. Jurnal Dunia Pengurusan, 4(2), 1-15.