Penulisan Puralan Boros Kadazandusun Id Sikul amat
diperlukan dalam pengajaran Bahasa Kadazandusun di sekolah sejak
diperkenalkannya mata pelajaran tersebut pada tahun 1997 untuk sekolah rendah
dan mulai 2007 untuk sekolah menengah. Kekangan utama adalah penetapan dan
pegangan konsep pembentukan bahasa baku Kadazandusun. Oleh karena itu,
jawatankuasa penulis di bawah kendalian Unit Bahasa Etnik, Bidang Bahasa dan
Kesusasteraan, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah merujuk surat perisytiharan penggunaan
dialek Bunduliwan sebagai piawaian dalam menghasilkan buku ini. Diharapkan
dengan penerbitan buku ini, para guru dan murid dapat mengatasi masalah
tersebut.
Matlamat kurikulum Bahasa Kadazandusun di sekolah
adalah untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi murid serta meneruskan
warisan budaya Kadazandusun khususnya di Sabah. Penghasilan buku ini diharapkan
dapat memudahkan guru dan murid untuk mencapai objektif tersebut. Sehubungan
dengan itu, dengan adanya panduan pembentukan ayat, pemilihan kata, penggunaan
tanda baca yang tepat, dan aspek-aspek bahasa lainnya, maka penggunaannya juga
boleh dimanfaatkan merentas maktab dan universiti serta oleh orang perseorangan
yang berminat untuk memperbaiki, memperkembangkan, dan memperbakukan Bahasa
Kadazandusun.
Perlu diingatkan bahwa buku ini merupakan usaha awal dan pertama seperti ini di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya. Ia merangkumi asas tatabahasa, yaitu fonologi, morfologi, sintaksis, penjodoh bilangan, dan kosakata. Oleh karena itu, usaha mempelopori penulisan ini diharapkan dapat menjana generasi akan datang membuat penambahbaikan supaya lebih mantap dan penuh bernilai tambah.
Click Butang Download Puralan Boros: