Total Pageviews (Ginumu sinumuang/minintong)

Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru

 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

·        Profesion merujuk pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

·        Atribut Suatu Profesion:       

o   Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan mendalam.

o   Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu.

o   Mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku.

o   Persetujuan yang diberikan kepada suatu profesion oleh masyarakat.

·        Seorang profesional harus berpengetahuan dan perlu melalui pendidikan formal ke tahap yang tinggi dan dikawal oleh satu kod etika.

·        Terdapat tujuh ciri umum sesuatu profesion:

o   Perkhidmatan unik

o   Latihan khusus

o   Autonomi

o   Tanggungjawab

o   Kod etika

o   Badan kawalan

o   Pengetahuan yang unik

·        Guru yang profesional harus mempunyai pengetahuan dari segi kandungan, pengetahuan kandungan pedagogi dan pedagogi asas.

·        Enam ciri utama guru profesional abad ke-21:

o   Mudah menyesuaikan diri.

o   Pembelajaran sepanjang hayat.

o   Tahu cara berkolaboratif.

o   Celik teknologi maklumat dan komunikasi.

o   Futuristik

o   Penyokong profesion.

·        Atribut guru profesional

o   Keghairahan dan semangat.

o   Jelas dalam penereangan

o   Kesediaan dan organisasi.

o   Merangsang murid

o   Berpengetahuan.

DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN NEGARA

·        Dasar Pendidikan Kebangsaan berhasrat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan memenuhi keperluan negara dalam melahirkan rakyat terlatih.

·        Pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan:

o   Bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar.

o   Kurikulum yang sama.

o   Sukatan pelajaran seragam.

o   Sistem peperiksaan seragam.

o   Pelaksanaan KBSR dan KBSM.

o   Perluasan pendidikan vokasional dan teknik.

o   Pewujudan sekolah wawasan.

o   Pelbagai program menggalakan integrasi.

·        Kurikulum Kebangsaan merangkumi semua:

o   Pengetahuan

o   Kemahiran

o   Norma

o   Nilai

o   Unsur kebudayaan dan kepercayaan.

·        Kurikulum Kebangsaan terdiri daripada:

o   Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak.

o   Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

o   Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

·        Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan pada 2017 untuk melahirkan murid yang dinamik untuk bersaing di peringkat global.

·        Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah sekolah yang cemerlang dan mempunyai kebitaraan yang menggambarkan watak sekolah.

·        Sekolah berprestasi tinggi merupakan sekolah yang mempunyai watak, identiti tersendiri dan terserlah dalam semua aspek pendidikan.

·        Program sekolah amanah diberi autonomi untuk membuat keputusan dalam urusan kurikulum, kewangan dan sumber manusia.

·        PIPP bertujuan menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua dalam bidang infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.

·        Sub-NKRA merupakan antara pendekatan dalam usaha membangunkan modal insan yang inovatif, kreatif serta bernilai tambah tinggi bagi menjayakan misi membangunkan ekonomi baharu.

·        11 anjakan utama PPPM:

o   Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

o   Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan menggalakkan mempelajari Bahasa Tambahan.

o   Melahirkan masyarakat yang menghayati nilai.

o   Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

o   Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

o   Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

o   Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

o   Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian.

o   Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

o   Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

o   Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

·        Belajar untuk menguasai kemahiran merujuk murid dilengkapkan dengan kemahiran berkomunikasi, berpasukan dan menyelesaikan masalah.